Laporan Eksklusif

Terkini Dari Istana Kehakiman: Prosiding Hari Keenam Kes Liwat II

Kronologi prosiding rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim – Hari Keenam:-

3.54 petang: Penyokong Saiful Bahari kelihatan beredar meninggalkan kawasan tersebut berikutan tiada keputusan akan diumumkan hari ini.

3.46 petang: Anwar keluar daripada mahkamah. Beliau kemudiannya memberi ucapan kepada penyokongnya yang hadir. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa hakim telah dibeli dan bukti-bukti yang terdapat bagi kes tersebut telah sengaja diada-adakan. Anwar berkata, Saiful liwat dirinya sendiri.

pi

3.28 petang: Suasana di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya semakin tegang berikutan terdapat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan di kawasan tersebut.

3 petang: Shafee berkata Saiful tidak bersubahat kerana pemuda itu adalah mangsa jenayah seks dan DNA Anwar ditemui di beberapa bahan bukti, maka terdapat sokongan. Shafee menamatkan penghujahannya dan berkata rayuan balas akan dijalankan kemudian jika Anwar didapati Anwar bersalah. Gopal memohon agar persidangan mahkamah ditangguhkan ke hari lain dan mencadangkan hari Khamis. Hakim bersetuju persidangan ditangguhkan dan bersambung hari Khamis.

p4

2.50 petang: Shafee berkata Karpal mahu mendapatkan salinan kenyataan beramaran Saiful permohonan itu tidak bermakna Anwar memohon untuk mencabar saksi utama tersebut. “Gerak hati sahaja tidak memadai. Jelas sekali permohonan Karpal bukan untuk mencabar Saiful tetapi untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful,” katanya.

2.45 petang: Shafee seterusnya berkata, seluar dalam Saiful berwarna kelabu menyokong hujah tersebut. Katanya, tiada siapa yang peduli tentang Saiful ketika bekas pembantu Anwar itu bertemu dengan pegawai kanan polis, Mohd Rodwan Mohd Yusof sehinggalah selepas kejadian itu berlaku. “Ini boleh menjelaskan mengapa Saiful ahanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu kerana tiada siapa yang mengambil berat tentang masalah Saiful,” katanya.

2.40 petang: Group Bikers dari Putrajaya turut hadir sebagai tanda sokongan kepada Saiful dalam prosiding hari keenam rayuan kes liwat Anwar.

2.35 petang: Shafee merujuk kepada gambar yang menunjukkan Saiful berada di majlis jamuan teh Anwar.

nuaq3

2 petang: Bilangan penyokong Saiful bertambah ramai menjadi sekitar 150 berbanding berbanding hanya kumpulan-kumpulan kecil pada sebelah pagi tadi. Ketika ini, keadaan masih terkawal dan kelihatan anggota keselamatan bersiap-sedia menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini.

non12

1 petang: Keputusan rayuan Anwar untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap Saiful tidak akan diketahui pada Selasa. Menurut wakil peguam pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh, pihaknya yakin panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memerlukan masa yang lebih untuk menilai hujahan kedua-dua pihak.

non13

Pasukan pembelaan juga katanya, hanya akan menggulung hujahan bermula pagi Rabu.

Beliau sangsi keputusan akan diumumkan esok.

“Mungkin hari lain,” katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan ketika prosiding berhenti rehat.

zabit

12.30 tengah hari: Kelihatan di luar mahkamah, penyokong Mohd Saiful tiba membawa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan sokongan mereka terhadap bekas pembantu peribadi kepada Anwar itu.

Sepanduk tertera perkataan ‘PKR, Anwar Dont Threaten The Court dan Rakyat Hakim Negara? Kami Pun Rakyat! dan Kami Mahu Undang-undang Dipatuhi’ antara yang dibawa para penyokong Saiful.

non4

11.55 pagi: Shafee menegaskan apabila Saiful berkata dia ‘tak rela’, apa yang dimaksudkannya ialah dia tidak tahan lagi dan dilakukan tanpa kerelaannya. Saiful tampil membuat laporan selepas dua hari kerana dia dalam keadaan tidak menentu, kata Shafee. Saiful juga tambahnya, boleh menjelaskan cara dia diliwat dan mengakui ia bukan kali pertama berlaku dan mungkin sudah di ‘rehearsed’ sebelum ini.

non3

11.45 pagi: Ketika membaca dari testimoni Saiful, Shafee memberitahu Saiful tidak boleh tahan lagi dan mengulangi bahagian Anwar ejakulasi di dalam Saiful seperti sebelumnya.

non6

Saiful mendakwa dia berasa sakit setiap kali perbuatan seksual berlaku dan Shafee berkata, untuk memahami konteks KY jelly yang digunakan, semua ini harus diambil ke dalam konteks.

non1

11.05 pagi: Anwar berjalan keluar dari bilik mahkamah untuk waktu rehat dan memberitahu wartawan dan jurukamera yang hadir bahawa beliau mahu memberi kenyataan media. Beliau kemudiannya tertawa kecil dan berjalan pergi tanpa mengucapkan sepatah kata.

pp

Ketika dia memasuki ruang sidang, beliau secara berseloroh bertanya kepada wartawan bila ketika mahkamah akan memberikan keputusan. “Saya sendiri pun tidak tahu bila,” katanya.

10.05 pagi: Shafee berkata, jika Anwar telah mendakwa kes liwat itu adalah ‘fitnah’ terhadap beliau, mengapa beliau tidak menafikan kehadirannya di kondominium tersebut. Shafee menunjukkan mahkamah kehadiran Anwar dan Saiful di unit kondominium tersebut menerusi kamera litar tertutup.

a2

“Adalah menjadi kewajipan Anwar untuk mempertikaikan kehadirannya di unit kondominium itu,” kata Shafee lagi.

Katanya, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kehadiran Anwar dan Saiful di unit kondominium itu.

a3

10 pagi: Pihak pendakwaan menunjukkan dua gambar Anwar dan Saiful berada dalam unit kondominium yang dikatakan menjadi lokasi kejadian liwat.

a4

Hakim, Suriyadi bertanya adakah tertuduh memberi keterangan dari kandang atau sebaliknya dalam kes di India itu, Shafee menjelaskan ahli politik itu hanya berdiam diri.

Menurut Shafee, dalam satu kes di India, bukti yang nyata boleh digunakan terhadap Anwar apabila beliau gagal memanggil saksi alibi.

9.50 pagi: Jumlah penyokong Anwar bertambah sekitar 500 orang.

a5

Keterangan terperinci beberapa perkara baharu dalam hujahnya termasuk berkaitan dakwaan perlakuan liwat itu diadakan secara ‘suka sama suka’ atau wujud paksaan.

anwar

Beliau yang mengetuai pasukan pendakwaan dijangka mengambil masa lebih dua jam untuk menyempurnakan hujahnya bagi menjawab semua keraguan dibangkitkan pasukan peguam bela sebelum ini berhubung kes terbabit.

9 pagi: Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijadual menamatkan hujah balas bagi pendengaran rayuan terakhir kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

anwar1

8.50 pagi: Anwar tiba di bilik bicara 1 mahkamah dengan beberapa pemimpin pembangkang turut kelihatan antaranya, Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Ketika ini suasana masih lagi terkawal dan pasukan keselamatan kelihatan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini.

8.30 pagi: Kelihatan sekitar 200 penyokong Anwar mula membanjiri perkarangan Istana Kehakiman sebagai tanda sokongan kepada pemimpin tersebut. Mereka membawa bersama kain rentang dan sepanduk Justice For Anwar.

anwar2

8.20 pagi: Ketua pasukan pembelaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram tiba di Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini, jam 8.20 pagi tadi diiringi beberapa peguam.

Hari keenam prosiding rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung pagi ini dengan Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan menyambung hujahnya berkaitan DNA dan kegagalan Ketua Pembangkang itu membuktikan alibinya dalam tuduhan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");