Jenayah

Tiada siapa peduli

Seremban: “Seorang penyamun menghalakan parang ke arah orang awam menyebabkan tiada siapa berani membantu,” kata saksi kejadian samun dan melarikan seorang lelaki warga emas berhampiran bank di Jalan Rasah, di sini.

Dalam Kejadian jam 12.30 tengah hari, Khamis lalu, mangsa berusia 60-an dilarikan dengan sebuah kereta dari tempat kejadian sebelum ditinggalkan di tepi jalan Ulu Kanchong, Rantau, dekat sini, dalam keadaan diikat kaki dan tangan.

Pemilik restoran, Tan Yon Ming, 60, berkata, dia menyedari kejadian selepas mendengar bunyi bising sebelum keluar untuk memeriksa dan melihat tiga lelaki bersenjata parang menarik seorang lelaki yang dipercayai dalam perjalanan ke bank berhampiran.

“Berlaku pergelutan antara mangsa dan dua suspek tetapi mereka terus menolaknya masuk ke dalam kereta. Ketika pergelutan itu, seorang suspek mengawal keadaan sekeliling bagi mengelak orang ramai menghampiri mereka manakala seorang lagi suspek menunggu dalam kereta.

“Melihat keadaan getir itu, saya tidak berani berbuat apa-apa tetapi saya sempat mencatat nombor plat kereta dinaiki mereka. Saya kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");