Jenayah

Tiada siapa perasan

Melaka: Seorang lelaki warga emas cedera parah dan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Lorong Pandan, Bachang di sini, sebelum ditemui dan diselamatkan, kelmarin.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Lim berusia 50-an itu dipercayai terjatuh sebelum terbiar hampir empat jam di satu sudut sempit di bahagian dapur bangunan berkenaan sejak jam 4.30 petang.

Sumber berkata, mangsa ditemui dengan belakang kepalanya terkoyak terkena bucu batu di tempat kejadian serta tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan.

“Seorang penduduk berusia 25 tahun mendakwa melihat mangsa terbaring di celah ruang dapur dalam keadaan tidak bergerak ketika membuka jeriji tingkap.

“Selepas meninjau, dia cuba memanggil mangsa berkali-kali, tetapi tiada sebarang jawapan dan menyangkakan mangsa sudah mati sebelum memanggil ahli keluarganya.

“Penduduk terbabit cuba menyelamatkan mangsa, tetapi berdepan kesukaran berikutan jeriji tingkap rumahnya terlalu kecil sebelum menghubungi talian kecemasan,” katanya. – hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");