Sukan Hari Ini

Tiada tekanan

Kuala Lumpur: Keputusan Indonesia membariskan skuad terkuat termasuk beregu ketiga dunia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan pada saingan Piala Axiata yang bermula hari ini langsung tidak memberi tekanan kepada jurulatih beregu negara Pang Cheh Chang.

Sebaliknya, Cheh Chang menganggap kehadiran juara dunia 2013 itu banyak memberi manfaat kepada anak buahnya untuk menimba pengalaman beraksi dengan beregu berkelas dunia itu.

“Saya rasa itu perkembangan yang bagus. Sekurang-kurangnya pemain kita dapat menimba pengalaman apabila bertemu mereka nanti.

“Satu hari nanti, mahu tidak mahu beregu negara juga akan bertemu dengan mereka di kejohanan lain.

“Walaupun kita tidak mempunyai gandingan tetap, saya yakin pemain mampu memberi cabaran,” katanya.

Skuad negara membariskan pemain veteran Tan Boon Heong, Hoon Thien How serta Tan Wee Keong pada saingan Piala Axiata kali ini.

Meskipun Boon Heong-Thien How gandingan tetap, Cheh Chang tidak menolak mempelbagaikan gandingan untuk saingan kali ini.

“Segala-galanya bergantung kepada siapa lawan yang bakal kami temui nanti.

“Saya mungkin mempelbagaikan gandingan kerana kita akan beraksi tujuh perlawanan menerusi aksi round robin,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");