Jenayah

Tiga Maut Dalam Letupan Lombong Arang Batu Di Sarawak

KUCHING: Tiga maut manakala 11 cedera dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Sri Aman, hari ini, kira-kira 130km dari sini.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ini dan punca letupan sedang disiasat.

Menurutnya ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sri Aman.

Katanya enam daripada mereka yang cedera telah dirujuk ke Hospital Serian, kira-kira 60km dari sini dan lima lagi ke Hospital Umum Sarawak, di sini.

Identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti dan Bernama difahamkan mereka adalah pekerja asing.

Pada Mac 2012, seramai empat pekerja warga China maut selepas berlaku kebakaran di dalam terowong lombong arang batu di Abok yang terletak tidak jauh dari Pantu.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");