Perak Hari Ini

Tiga Maut, Dua Cedera Kenderaan Bertembung

KUALA KANGSAR : Tiga maut, seorang daripadanya ditemui rentung dalam kenderaan yang terbakar akibat kemalangan di Kampung Chuar Kati, awal pagi ini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kangsar , PKPgB Ismail Darus menerima laporan mengenai kemalangan kira-kira jam 12.25 pagi.

“Kenderaan jenis Mercedes telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Satria mengakibatkan dua orang mangsa disahkan maut ditempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang rentung ditemui dalam kereta Proton Satria terbabit.

kuale2

Jelasnya, kesemua mangsa didapati tersepit dalam kenderaan dan pihak BBP terpaksa memadamkan kenderaan terbakar itu sebelum memotongnya untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Dua mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa pula diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");