Membawang Hari Ini

Tiz Zaqyah Tidak Rasa Tergugat Kemunculan Pelakon Baharu

PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah menyifatkan kehadiran pelakon-pelakon baharu dalam drama-drama televisyen tidak pernah menggugat rezekinya di bidang seni.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26, berkata, walaupun dia dilihat jarang muncul di televisyen, ia tidak sedikitpun membuatkan dia resah atau berasa dipinggirkan.

“Dari dulu lagi saya berlakon kerana minat dan ikhlas melakukannya. Tidak pernah terdetik pun mahu bersaing dengan sesiapa.

“Apatah lagi saya mahu rasa diri tergugat kerana lambakan pelakon baru. Saya yakin, setiap pelakon mempunyai keaslian lakonan masing-masing tanpa perlu bersaing,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Tiz, kehadiran pelakon-pelakon baru juga akan memberi warna dalam memeriahkan lagi industri lakonan tempatan.

Sementara itu, Tiz berkata, dia juga kini sibuk menguruskan syarikatnya iaitu KL Calling yang menganjurkan aktiviti-aktiviti belia.

Beritahu Tiz, sejak menganjurkan pelbagai program, dia berasa aktiviti seperti itu dapat membuatkan dia ‘melarikan diri’ seketika sebagai seorang selebriti dan dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa.

“Sebenarnya saya rindu sangat mahu menjalani kehidupan jauh dari dunia glamor.

“Apabila menjadi penganjur bagi acara-acara belia, ia membuatkan saya menjadi seperti orang biasa. Apatah lagi sebahagian pulangan daripada acara yang dianjurkan itu akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan. Rasa seronok pula.

“Tetapi, tidak bermakna saya sudah bosan dengan dunia lakonan pula,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tiz bakal muncul menerusi drama misteri Seludup, arahan Jehan Miskin bermula 4 Disember depan.

Ia akan keudara setiap Khamis, pukul 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Antara pelakon yang turut terlibat termasuklah Pekin, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");