Perak Hari Ini

UMNO 2014: Peremajaan Parti Beri Impak Menyeluruh

KUALA LUMPUR : UMNO yang dilihat merupakan salah satu parti yang konsisten juga memerlukan proses peremajaan parti supaya berupaya memberikan impak secara keseluruhannya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bahagian (DUN) Belanja, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata ucapan dasar yang disampaikan presiden UMNO Khamis lalu ternyata menumpukan berkenaan senario parti yang ada pada hari ini.

“Gambaran jelas memberi fokus yang perlu diambil kira dan perhatian oleh semua ahli UMNO dan masyarakat umum amnya termasuklah berkenaan peremajaan parti,” katanya.

Jelasnya lagi, peremajaan parti yang disaran pucuk pimpinan tertinggi itu telah diberi gambaran yang jelas berkenaan impaknya secara keseluruhan.

“UMNO telah terbukti mempunyai jasa dapat dirasai oleh masyarakat dan rakyat,” jelasnya.

Katanya lagi, UMNO bertanggungjawab bagi melahirkan pemimpin terdiri daripada generasi muda.

“Peluang ini perlu bagi Wanita, Puteri dan Pemuda serta badan NGO terpilih dengan ilmu dan pengalaman yang ada turut serta bekerjasama bersama pucuk pimpinan secara konsisten,” ulasnya.

Katanya lagi, generasi muda tidak perlu merasa khuatir untuk mendekati parti UMNO kerana parti ini sentiasa membuka ruang dan peluang yang jelas.

“Pendaftaran secara atas talian kini telah diperkenalkan menjadi ruang dan peluang kepada generasi muda untuk menyertai UMNO,”ujarnya.

Langkah ini juga katanya berupaya menepis dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan sekatan untuk menyertai UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");