Perak Hari Ini

UMNO 2014: Peremajaan Parti Perlu Disegerakan

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Perak berharap agar peremajaan parti yang diperkatakan perlu dilaksanakan segera dan bukanlah sekadar retorik politik semata-mata.

Menurut Penolong Setiausaha Bahagian Batu Gajah, Muhammad Nabil Abdul Nasser berkata kini Penglibatan golongan muda sememangnya wujud tetapi kurang menonjol sehingga ke hari ini.

“Golongan muda sepatutnya diberi lebih peluang untuk menerajui kepimpinan,” katanya.

Jelasnya lagi, penciptaan beberapa ikon baharu yang berupaya membawa idea golongan muda untuk lebih diterima.

“Isu mengenai usaha meremajakan parti telah lama diutarakan namun kelihatan sekadar retorik semata-mata,” katanya lagi.

Jelasnya lagi pekara itu perlu dibuktikan kali ini bukan lagi hanya perbualan politik semata-mata.

Tambahnya lagi, Pemuda seharusnya diberi peluang bagi menerajui GLC (syarikat berkaitan kerajaan), bagi membantu gologan ini berkembang daripada segi ekonomi

“Golongan muda masih lagi kebanyakan menggangur kerana kesukaran memperoleh perkerjaan,” jelasnya lagi.

Sementara itu Nabil juga turut menyokong agar Akta hasutan 1948 akan terus dikekalkan berikutan penglibatan terlampau banyak campur tangan golongan luar berkenaannya.

Jelasnya lagi segelintir pihak kelihatannya kini sudah semakin berani menentang perlembagaan yang sedia ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");