Membawang Hari Ini

Zizan, Faizal serasi di pentas

Anugerah Industri Muzik 21 (AIM 21) buat pertama kalinya menggandingkan pelawak popular Zizan Razak dan Faizal Ismail (FBI) sebagai pengacara.

Pengurus Saluran Astro Ria & Maya HD, Raqim Ahmad berkata, pemilihan Zizan dan FBI dibuat selepas melihat mereka berjaya memberi keserasian yang baik ketika mengendalikan Akademi Fantasia 2014 (AF2014), baru-baru ini.

“Kami pilih Zizan dan FBI kerana mereka mempunyai ‘chemistry’ yang baik semasa AF2014.

“Kami mengharapkan gandingan dua pengacara berpengalaman ini dapat menceriakan dan memeriahkan lagi majlis itu nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media AIM21 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sementara itu, FBI berkata, dia selesa bekerja dengan Zizan sejak pertama kali digandingkan di pentas AF2014.

“Ketika mula-mula digandingkan dengan Zizan di pentas AF2014 saya agak gementar, tetapi tidak sukar untuk mencari keserasian di antara kami.

“Saya selalunya akan mengkaji terlebih dulu pasangan pengacara saya sebelum mula bekerja. Zizan adalah seorang yang penuh dengan humor dan itu meringankan tugas saya,” katanya.

Bagi Zizan pula, meskipun mengacarakan AF2014 dan AIM21 tidak sama penontonnya, dia yakin boleh mengemudi majlis itu dengan baik, tambahan pula sebelum ini dia pernah bergandingan dengan Datuk AC Mizal pada AIM18 yang lalu.

“Saya sedar mungkin ada yang mempertikaikan pemilihan saya disebabkan kebolehan saya lebih kepada berlawak sedangkan anugerah ini berprestij dan bukan calang-calang penonton yang datang.

“Apa pun saya menerima setiap penilaian yang diberikan dan saya jadikan itu sebagai pengalaman yang lebih mematangkan diri.

“Mungkin teguran mereka demi kebaikan saya dalam memperbaiki mutu pengacaraan supaya lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis sama turut diumumkan hos ‘Karpet Glamor AIM 21’, Hanif Hamzah (JoHaRa Pagi Era) dan Dahlia Shazwan (pengacara HLive!).

Turut diumumkan juga barisan artis baru dan lama yang akan membuat persembahan pada malam anugerah yang bakal berlangsung pada 6 Disember depan.

Antara artis yang bakal memeriahkan malam AIM21 ialah SonaOne & Joe Flizzow, Sleeq, Hazama, Dayang Nurfaizah, Haleeda, Ayai Ilusi, Nidji, Aisyah Aziz, Awi Rafael, One Nation Emcees dan Akim Ahmad.

AIM21 disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) juga menampilkan Adibah Noor, Aliff Aziz, Alyah, Amar Baharin, Amyra Rosli dan beberapa selebriti popular lain sebagai penyampai anugerah.

Majlis berprestij bertemakan ‘Lagu Kita Menawan Jiwa, AIM 2014, Meraikan Kemuncak Segalanya’ disiarkan serentak di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135) bermula jam 9 hingga 11.30 malam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");