Perak Hari Ini

15 Bilik Bacaan KAMIL Diwujudkan di Rumah Anak-Anak Yatim di Perak

IPOH: Kerajaan Negeri Perak telah mengambil inisiatif untuk membina beberapa buah bilik bacaan yang diberi nama KAMIL di beberapa buah rumah anak yatim di negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Rusnah Kassim, pembinaan bilik bacaan tersebut adalah untuk memberikan kemudahan kepada anak-anak yatim di rumah jagaan mereka.

“Kita telah membina 15 buah bilik bacaan KAMIL yang bermaksud ‘Kamar Informasi dan Ilmu’ yang menelan kos minima sebanyak RM20,000 bagi sebuah bilik.

“Ada yang mempunyai keluasan lebih besar dan menelan belanja kira-kira RM27,000.

“Bila saya datang ke rumah anak-anak yatim ini, saya dapati bahawa di sana tidak mempunyai tempat untuk anak-anak tersebut belajar dan membuat kerja sekolah.

“Jadi bila ada bilik bacaan yang kita panggil KAMIL ini, sekurang-kurangnya mereka boleh menggunakan untuk melakukan kerja sekolah,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 1,251 anak-anak yatim di negeri itu dalam program ‘Back To School’ di Ipoh hari ini.

Jelasnya, ia merupakan penekanan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk memastikan anak-anak yatim ini dapat pendidikan yang sewajarnya.

“Tahun hadapan, kita akan menambah lagi 16 buah bilik bacaan yang menelan belanja sebanyak RM375,000.

“Saya juga akan mencari peruntukkan untuk membina bilik tersebut bagi rumah anak-anak yatim yang belum mempunyainya,” tambahnya.

Kerajaan juga katanya, mengalu-alukan cadangan daripada pengendali rumah anak-anak yatim tersebut dan juga pemimpin masyarakat mengenai cara untuk untuk mempergiatkan lagi program pendidikan untuk anak-anak itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");