Sukan Hari Ini

ASCC optimis

Shah Alam: Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi untuk menjuarai sirkit akhir Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014, As Sakinah Cycling Club (ASCC) tetap opitimis memberi saingan sengit kelak.

Pasukan itu diwakili lima pelumba dalam merancakkan lagi saingan kepada pelumba lain seluruh negara.

Kelab ditubuhkan pada 2007 dalam kalangan jemaah Surau As Sakinah Kuala Kubu Bharu itu mempunyai 40 ahli aktif dan kerap menyertai pelbagai kejohanan sekitar Selangor.

Setiausaha ASCC Helmi Ibrahim berkata, walaupun berpengalaman menyertai banyak kejohanan, ini kali pertama mereka menyertai saingan anjuran Harian Metro.

“Kami tahu MTB Harian Metro paling hebat dengan penganjuran cukup profesional serta trek mencabar.

“Kami sebenarnya menunggu lama dan tidak sabar untuk turut serta kerana sirkit akhir diadakan di sini,” katanya.

Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi, ASCC tetap serius menyahut cabaran.

“Penyertaan kami bukan memenuhi kuota, malah berazam berada dalam 100 pelumba terbaik,” katanya.

Beliau mengakui ASCC memiliki sedikit kelebihan beraksi di tempat sendiri kerana sudah biasa dengan laluan trek.

Menurut Helmi lagi, mereka kini menjalani latihan intensif dengan berkayuh kira-kira lima kilometer sekitar Taman Millenium untuk mengekalkan stamina.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");