Berita Hari Ini

Azeez serah sijil Badal Haji 8 remaja lemas

Tabung Haji menyerahkan sijil Badal Haji kepada keluarga lapan remaja yang mati lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, Segamat pada 21 Februari lalu.

Penyerahan sijil Badal Haji pada musim Haji lalu dilakukan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Balai Islam, Taman mewah, Buluh Kasap pagi Jumaat.

Remaja yang terkorban dalam kejadian itu adalah Mohd Shafiq Md Shukur, Mohd Zaki Zaidi, Mod Zikri Zaidi, Mohd Hafizuddin Kamal, Mohamad Hafizul Danial Norhashim, Mohd Izuan Hakimie Abdulllah, Mod Nazreen Zainal dan Nazrul Aminuddin Zamri.

Kesemua mereka berusia 13 hingga 16 tahun ketika kejadian.

Azeez yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO ketika menziarahi keluarga mangsa sebelum ini memberitahu, pihaknya dan Tabung Haji akan melaksanakan Badal Haji kepada semua yang terkorban dalam kejadian itu.

Selain lapan remaja itu, Tabung Haji juga menyempurnakan Badal Haji untuk 10 anak kapal yang terkorban dalam tragedi MH17 pada 17 Julai lalu.

Badal haji turut dilaksanakan untuk anggota polis marin, Allahyarham Ab Rajah Jamuan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, Sabah, 12 Julai lalu.

Senarai lain adalah enam bakal jemaah Malaysia yang meninggal dunia sebelum wukuf.

Jumlah keseluruhan Badal Haji adalah seramai 25 orang.-19/12/2014-agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");