Sukan Hari Ini

Balotelli kempunan lawan Arsenal

PENYERANG yang sering mencetus kontroversi, Mario Balotelli dijatuhi hukuman gantung satu perlawanan selepas didapati bersalah di atas kesalahan berbaur perkauman di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Ini bermakna, Balotelli tidak dapat beraksi dalam perlawanan penting menentang Arsenal, di Anfield, Isnin nanti.

Selain itu, penyerang Liverpool itu juga diarahkan membayar denda sebanyak £25,000 (RM136,000).

Selepas didapati bersalah, penyerang Itali itu kemudiannya memuat naik status mohon maaf di Twitter rasminya.

“Saya memohon maaf kepada rakan sepasukan dan penyokong Liverpool. Saya sungguh menyesal.

“Saya juga akan pastikan perkara sedemikian tidak akan berulang,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");