Sukan Hari Ini

Chelsea tiada keperluan penggiliran pemain – Mourinho

LONDON: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho menegaskan tiada keperluan melakukan penggiliran pemain dalam kesebelasan utamanya, ketika ini.

Chelsea yang menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris dipenuhi barisan bintang yang jarang diturunkan, termasuk Filipe Luis, penjaga gol, Petr Cech dan John Mikel Obi yang banyak memanaskan bangku simpanan.

Begitupun, tindakan yang dilakukan pengendali kelahiran Portugal itu nampak berhasil, dengan Chelsea ketika ini hanya tewas satu perlawanan dalam semua kejohanan.

The Blues dijadualkan menentang Stoke City dalam perlawanan liga, awal pagi ini dan bagi Mourinho, sama ada pemainnya gembira atau tidak, ia sebahagian daripada permainan.

“Tidak sukar untuk saya membenarkan pemain keluar. Semua orang perlu bersedia untuk berkorban untuk pasukan, memberikan segala-galanya untuk pasukan, tidak pentingkan diri,” kata Mourinho.

“Inilah pasukan yang saya mahukan. Mikel, sebagai contoh, kali pertama dia bermain ialah ketika menentang Newcastle dan dia akan pemain terbaik kami.

“Bagaimana dia boleh menjadi pemain terbaik jika dia tidak bermain dalam tiga bulan? Kerana dia bekerja keras setiap hari di tahap tertinggi.

“Adakah pemain-pemain ini sedih, kecewa, tidak gembira? Mungkin, namun mereka profesional. Tiada yang rahsia. Pemain perlu bersabar.

“Realitinya ialah menjadi profesional dan bekerja di tahap tertinggi, kamu tidak perlu gembira,” katanya.

Luis, yang dibeli daripada Atletico Madrid musim lepas dengan harga 16 juta pound (RM87.29 juta) hanya diturunkan tiga kali musim ini.

Bagi pengurus Stoke, Mark Hughes pula, dia beranggapan lawannya itu mempunyai kekuatan menjuarai Liga Perdana, Liga Juara Eropah, Piala FA dan Piala Liga dengan pemain yang ada. – Agensi-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");