Sukan Hari Ini

Chen Long terus dominasi, kuasai Final Siri Super Dunia 2014

DUBAI: Juara badminton dunia dari China, Chen Long menamatkan kempen 2014 dengan bergaya dengan menjuarai gelaran Final Siri Super Dunia 2014, awal pagi tadi selepas menewaskan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus di final.

Chen Long menang mudah dengan keputusan 21-16, 21-10 dalam perlawanan yang hanya mengambil masa 47 minit sekaligus menjulang kejuaraan major keempatnya tahun ini.

“Saya gembira dengan permainan saya. Ini adalah kali pertama Dubai menganjurkan kejohanan (badminton) besar seperti ini dan saya amat gembira bagaimana ia dianjurkan,” kata jaguh China itu,

“Saya percaya dengan ramainya orang China dan India yang menetap di sini, badminton mempunyai masa dengan di Dubai dan saya amat teruja untuk kembali,” katanya.

Dalam kategori wanita, jaguh Taiwan Tai Tzu Ying mencipta sejarah dengan memenangi perlawanan akhir menewaskan pemain Korea Selatan, Sung Ji Hyun, 21-17, 21-12.

“Saya tidak menjangkakan ia semudah ini,” kata Tai. “Mungkin Sung tidak berada pada prestasi terbaiknya dan dia banyak melakukan kesilapan.”

Gandingan pemain Jepun, Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahashi dalam pada itu mengungguli kategori beregu wanita dan menghadiahkan beregu China kekalahan pertama dalam kejohanan major, tahun ini.

Mereka menewaskan juara dunia, Tian Qing dan Zhao Yunlei 21-17, 21-14.

Kategori beregu lelaki pula menjadi milik gandingan pemain Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong selepas menewaskan beregu China, Chai Biao dan Hong Wei dalam pertarungan tiga set, 19-21, 21-19, 21-16.

Juara dunia dan Olimpik dari China, Zhang Nan dan Zhao Yunlei pula hanya memerlukan 41 minit untuk menjuarai kategori beregu campuran selepas menewaskan rakan senegara, Liu Cheng dan Bao Yixin 21-15, 21-12 di final. Cheng Long – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");