Jenayah

Dicekup menyamar polis

Melaka: Polis menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis untuk masuk berhibur secara percuma di sebuah pusat hiburan, di Malim, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, suspek berusia 30 tahun itu ditangkap selepas pemilik pusat hiburan menghubungi polis untuk mendapatkan kepastian.

Sumber berkata, sebelum dicekup, suspek dikatakan datang ke pusat hiburan itu bersama tiga sahabatnya.

“Sampai saja di pintu masuk pusat hiburan itu, suspek mendakwa dirinya pegawai polis dan ingin masuk percuma.

“Justeru pemilik pusat hiburan yang ragu-ragu dengan suspek kemudian menghubungi polis untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.

Selepas pemeriksaan dilakukan, lelaki terbabit gagal menunjukkan sebarang pengenalan polis.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");