Sukan Hari Ini

Emas ke-40

Palembang: “Saya tidak tahu emas yang saya menangi hari ini adalah yang ke-40 untuk kontinjen negara pada temasya kali ini.

“Saya bangga kerana berhasil membantu Malaysia merealisasikan hasrat untuk mengumpul 40 emas di Palembang,” kata pemain badminton perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Dia menundukkan Ashton Chen dari Singapura 21-12, 21-14 pada final acara perseorangan di Gor Dempo Jakabaring, semalam.

Badminton menjadi sukan terakhir yang dipertandingkan sekali gus menutup tirai temasya Sukan Universiti Asean edisi ke-17 di Palembang.

Malaysia menetapkan sasaran 40 emas pada temasya kali ini dan Iskandar melengkapkan pencapaian membanggakan kontinjen negara.
Semalam, Malaysia melangkah ke empat acara final badminton dan memenangi dua emas dan dua perak.

“Memang saya memiliki kelebihan berbanding Ashton pada final ini kerana saya pernah mengalahkannya di peringkat separuh akhir berpasukan sebelum ini.

“Justeru, saya tidak tertekan sebaliknya dapat beraksi seperti biasa dan memaksa lawan melakukan kesilapan demi kesilapan,” katanya.

Sebelum itu, gandingan Lutfi Zaim Khalid-Chow Mei Kuan terlebih dulu meraih pingat emas menerusi acara beregu campuran selepas menewaskan rakan senegara, Arif Latif-Lee Meng Yean 18-21, 22-20, 21-19.

Gandingan Jagdish Singh-Vontous Indra Mawan sekadar merangkul perak selepas tewas 11-21, 21-18, 17-21 kepada pasangan Indonesia, Maulana Adiartama Arya-Kevin Sanjaya Sukamulyo.

Beregu wanita, Mei Kuan-Meng Yean tewas 11-21, 21-13, 13-21 kepada pasangan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai untuk pingat perak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");