Sukan Hari Ini

Fauzi sumbang emas tunggal pencak silat

PALEMBANG: Bekas juara dunia, Mohd Fauzi Khalid menepati ramalan selepas meraih sebutir pingat emas bagi pencak silat kategori 70-75 kilogram di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Ke-17 di sini, hari ini.

Mohd Fauzi berada dalam kelas tersendiri dengan membelasah pencabarnya, Ahmad Firdaus dari Indonesia 5-0 pada final di gelanggang Graha Serbaguna di sini.

Pingat gangsa dimenangi pesilat dari Singapura, Muhammad Khamal Ahmad. Mohd Fauzi adalah pemenang pingat emas Sukan SEA Palembang 2013 dan juga Laos pada 2012.

Pengurus pasukan Azli Puddin berkata secara keseluruhan beliau kecewa skuad pencak silat negara gagal mengulangi kejayaan dua tahun lalu di Laos dengan tiga emas.

Azli berkata skuad pencak silat negara turut menghadapi kesukaran disebabkan masalah penganjur dan juga sikap berat sebelah wasit (juri) sepanjang kejohanan berlangsung.

“Secara keseluruhan saya memang tidak berpuas hati dengan pencapaian skuad pencak silat negara. Saya akan membuat post-mortem mengkaji kelemahan pasukan negara.

Pencak silat menutup tirai kejohanan dengan meraih sebutir pingat emas, empat perak dan lima gangsa. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");