Perak Hari Ini

Keputusan PT3 Diumum Hari ini

IPOH : Nurunnuha Muhammad Ismi merupakan salah seorang daripada 123 orang pelajar Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah yang menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran tahun 2014.

Manakala dua orang pelajar berjaya memperolehi 10A, 4 pelajar (9A), 8 pelajar (8A) dan 7 pelajar mendapat (7A) dalam peperiksaan tersebut.

Sementara itu, 14 pelajar berjaya mencatatkan pencapaian sebanyak (5A) dan sebanyak 24 orang pelajar mendapat (4A) bagi mata pelajaran terpilih.

Menurut Nurunnuha, resepi kejayaannya itu dengan amalan menghafaz Al-Quran setiap pagi yang menjadi runtin hariannya setiap hari.

“Dalam menuntut ilmu saya merasakan kita perlu mencari redha Allah terlebih dahulu, selain ibu bapa dan guru sebagai pokok pangkalnya,” katanya.

Jelasnya lagi, apabila hidup diredhai pelajaran yang diajar di sekolah akan menjadi mudah, dan menghafaz Al-Quran bukannya pekara yang mudah, justeru itu amalan tersebut dijadikannya sebagai latihan melatih otak.

Nurunnuha turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya serta guru yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk dirinya sentiasa belajar bersungguh-sungguh.

Terdahulu, Pengetua sekolah tersebut, Noor Aini Zainal Abidin berkata sekolah Raja Perempuan Taayah mencatatkan keputusan yang cemerlang dengan mencatatkan keputusan cemerlang sebanyak 22 orang pelajar mendapat 7A keatas.

“Berkemungkinan PT3 ini kamu pihak guru-guru perlu menggunakan kaedah penganjaran yang lain dan perkembangan positif dengan pendekatan ini ialah pelajar yang cemerlang kali ini kelihatan seimbang dalam penglibatan aktiviti dan pelajaran mereka,” tegasnya.

PT3 merupakan peperiksaan bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula tahun ini dan hari ini merupakan keputusan rasmi bagi PT3 telah diumumkan serentak di seluruh Malaysia buat pertama kalinya.

PT3, diaplikasi melalui pihak sekolah bertindak untuk mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Manakala LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");