Perak Hari Ini

Kewujudan Jawatankuasa Pengupayaan 30 peratus Kedudukan Wanita di Negeri Perak Disambut Baik

IPOH: Usaha Kerajaan Negeri Perak dalam mewujudkan Jawatankuasa Pengupayaan 30 peratus Kedudukan Wanita dalam semua sektor di negeri itu disambut baiK.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata, langkah yang diambil tersebut amat bertepatan untuk jangka masa panjang negeri itu.

“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana mempunyai visi kehadapan dan prihatin bahawa peranan wanita ini amat penting.

“Khususnya kalau kita tahu, separuh jumlah populasi di negeri ini terdiri daripada kaum wanita.

“Jadi kalau kita pinggirkan kaum wanita sudahnya pembangunan dalam ekonomi itu sendiri akan terjejas,” katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai kewujudan jawatankuasa yang diumumkan oleh Dr Zambry.

Jelasnya, kewujudan jawatankuasa itu merupakan satu permulaan yang baik bagi beliau mencari kaedah yang paling cepat untuk mencapai kuota sebanyak 30 peratus berkenaan.

“Oleh kerana Menteri Besar baru sahaja mengumumkan perkara ini, buat masa sekarang, saya akan membabitkan semua wanita iaitu tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini termasuklah Kerajaan dan juga pembangkang.

“Saya juga sedang mengenalpasti golongan wanita dan tokoh-tokoh wanita khususnya yang berasal dari Negeri Perak untuk diserapkan dalam jawatankuasa ini.

Dalam pada itu, beliau berkata lagi, perbincangan pertama akan diadakan awal tahun hadapan dengan penglibatan golongan wanita daripada pelbagai pihak bagi membincangkan perkara tersebut.

“Untuk pengetahuan, 12 dan 13 Januari tahun depan, kita akan adakan perbincangan atau ‘brainstorming’ dimana semua pemimpin wanita dan juga daripada pihak korporat akan duduk bersama saya untuk mencari kaedah mencapai hasrat tersebut.

“Jadi ia merupakan mesyuarat pertama bagi jawatankuasa ini untuk mengatur strategi bagi mencapai hasrat kerajaan negeri dengan penglibatan 30 peratus wanita dalam sektor pekerjaan di negeri ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");