Jenayah

Kurang bukti sukarkan usaha siasat ahli politik

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap ahli politik yang terlibat dalam rasuah sukar dilakukan disebabkan kekurangan bukti kukuh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, ia berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak memberi maklumat lengkap apabila membuat sesuatu aduan rasuah.

“Memang kita ada terima laporan berkaitan rasuah melibatkan ahli politik, tetapi kadangkala ada maklumat diterima dalam bentuk surat layang, tanpa nama pemberi maklumat.

“Jadi sukar untuk kita lanjutkan penjelasan. Kalau ada yang mendakwa ahli politik tertentu terlibat rasuah, kita mahu maklumat lebih lanjut,” katanya ketika ditemui di program Walk Against Corruption anjuran Transparency International – Malaysia (TI-M), di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat agar menjadi masyarakat yang lebih berintegriti dalam menyalurkan sebarang maklumat.

“Persepsi senang dilontarkan, kata orang itu atau jabatan ini banyak rasuah. Kalau hanya melontarkan maklumat rasuah mengenai seseorang tetapi maklumat yang sama tidak sampai kepada SPRM, tiada maknanya.

“Paling penting adalah mengemukakan maklumat bukannya ‘baling batu sembunyi tangan’. Kita akan pastikan maklumat itu disiasat dan bertindak jika ada bukti kukuh,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, masyarakat juga tidak perlu khuatir berdepan risiko sekiranya menyalurkan maklumat kerana terdapat undang-undang melindungi mereka.

“Ada yang takut beri maklumat sebab orang politik ini berkuasa. Jangan risau kerana kita ada Akta Perlindungan Pemberian Maklumat dan Akta Perlindungan Saksi.

“Sebarang tindakan dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. Malah, tindakan sivil atau jenayah juga tidak boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka memberi maklumat yang benar,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");