Sukan Hari Ini

Lebur rekod temasya

Palembang: “Saya sudah lama mengidam untuk memecahkan rekod temasya Sukan Universiti Asean (AUG) dan gembira ia dapat direalisasikan di sini,” kata Caroline Chan.

Caroline mencatat 29.97s dalam acara 200 meter kuak lentang sekali gus memadam rekod lama temasya 30.50s yang dilakar seorang lagi perenang negara, Chan Kah Yan di Laos, dua tahun lalu.

Di Stadium Akuatik Jakabaring semalam, Caroline menewaskan perenang Indonesia Nur Fitriyanti (30.20s) dan Araya Wongvat (Thailand) yang melakukan 30.23s untuk perak dan gangsa.

“Ini catatan peribadi terbaik saya dalam acara ini berbanding 30.23s sebelum ini.

“Saya memang mahu memecahkan rekod ini kerana itu saya memberikan lebih tumpuan pada acara ini berbanding acara berganti-ganti,” katanya.

Emas itu yang pertama buatnya pada saingan AUG dan dia berharap namanya akan dipanggil untuk menyertai skuad elit selepas ini.

Sementara itu, Khoo Chai Lin meraih perak dalam acara 200m rampaian individu wanita apabila mencatat 2:22.21s di belakang Hannah Dato (Filipina) manakala Ressa Rania Dewi dari Indonesia menduduki tempat ketiga dengan 2:22.73s.

Tern Jian Han memenangi perak dalam acara 50m kuak lentang dengan catatan 26.64s manakala atlet tuan rumah yang juga juara bertahan, I G Sudartawa merakam rekod baru kejohanan dengan 25.68s. Rekod lama 25.71s dicatat Sudartawa ketika temasya di Laos dua tahun lalu.
Gangsa milik perenang Thailand, T Kruekhamkao dengan catatan 26.65s.

Cai Lin turut memenangi perak acara 800m gaya bebas dengan catatan 9:07.96s. Acara itu dimenangi atlet Thailand S Sriphanonthorn sambil melakar rekod baru 8:58.82s. Gangsa dimenangi Raina Grahana dari Indonesia dengan 9:11.02s.

Dalam acara 100m gaya bebas, Daniel Bego sekadar memenangi perak (52.15s) dengan emas dimenangi atlet tuan rumah, Sidiq Tiady (50.97s) yang juga rekod baru kejohanan. Gangsa dimenangi Alexis Omar dari Indonesia (52.48s).

Kuartet 4x100m rampaian wanita negara memenangi perak dengan Thailand muncul juara. Tempat ketiga menjadi milik Filipina.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");