Perak Hari Ini

Lelaki Hilang Ketika Memancing Temui Selamat

TELUK INTAN : Seorang lelaki Melayu, Zali Atan berjaya dijumpai pihak penyelamat apabila hilang ketika keluar untuk memancing.

Menurut sumber Balai Bomba dan penyelamat Bahagian Hutan Melintang, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 9.20 pagi tadi mengenai kehilangaan mangsa berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa dijumpai dalam keadaan selamat oleh anggota maritim berhampiran Pulau Payung kira-kira 25 batu nautika di mana lokasi mangsa telah hilang,” katanya.

Tambah sumber lagi, bot mangsa telah kehabisan minyak dan mangsa telah dijumpai pada jam 1.30 petang dan mangsa telah selamat tiba di jeti pada jam 3 petang sebentar tadi.

“Anggota penyelamat menggunakan bot aluminium untuk membuat pencarian di perairan sehingga mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya lagi.

Antara agensi yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia sebanyak (3 anggota), Jabatan pertahanan Awam Malaysia (JPAM) (10 anggota), Rela (10 anggota), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (6 anggota) dan penduduk kampung sebanyak (30 orang).

Operasi pencarian tamat sekitar jam 3.20 petang tadi yang diketuai oleh PPGB Kamarulzaman Busirun.

Turut serta Pegawai Kanan PPGB Zulkafle Abdullah dan Pegawai bertugas PPGB Khairul Firdaus Ibrahim

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");