Sukan Hari Ini

Liverpool ada ramuan buru kelompok 4 teratas -Rodgers

LONDON: Liverpool masih ada kemampuan untuk menyudahkan cabaran dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pandangan itu diutarakan pengurus pasukan, Brendan Rodgers selepas melihat anak didiknya bangkit untuk seri 2-2 ketika menentang Arsenal di Anfield, awal pagi tadi.

Satu mata yang dikutip hasil tandukan padu Martin Skrtel pada minit-minit terakhir permainan masa tambahan menyaksikan The Reds berada di tempat ke-10 – sembilan mata di belakang pasukan tempat keempat – West Ham United.

Rodgers percaya pasukannya sudah mula menunjukkan keserasian dalam gandingan selepas permulaan hambar dalam kempen musim ini.

“Secara perlahan-lahan kami sedang kembali semula kepada rentak seperti mana kami pamerkan musim lalu,” katanya.

“Saya gembira dengan persembahan pasukan. Saya melihat kami lebih hebat mendominasi permainan dan seharusnya sudah menang dalam perlawanan ini.’

Apabila ditanya kemungkinan Liverpool dapat merebut tempat dalam kelompok empat teratas, Rodgers berkata: “Sudah pasti.”

Tidak dinafikan Liverpool menghasilkan antara persembahan terbaik, musim ini dengan hantaran pantas, khususnya pergerakan Philippe Coutinho dan Lazar Markovic.

Liverpool mendominasi perlawanan dengan 65 peratus tapi ketinggalan 1-2 kepada Arsenal hasil jaringan Mathieu Debuchy dan Olivier Giroud.

Terdahulu, Coutinho meletakkan pasukan di hadapan seminit sebelum tamat babak pertama. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");