Laporan Eksklusif

Malaysia bincang kuota haji 2016

SEGAMAT – Kerajaan Malaysia akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi jumlah kuota haji 2016, mendapatkan semula jumlah kuota asal dan menebus kuota yang dikurangkan dalam tempoh empat tahun ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan ke Arab Saudi pada Januari depan untuk membincangkan perkara tersebut.

“Kita akan berbincang dengan menteri berkenaan di Arab Saudi yang menjaga hal ehwal haji berikutan kuota haji kita dikurangkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembangunan dan pembesaran Masjidil Haram di Makkah.

“Ini berikutan Masjidil Haram yang dinaik taraf itu dijangka siap pada 2016.

“Sebelum ini Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota haji Malaysia sebanyak 20 peratus iaitu sebanyak 22,320 berbanding kuota asal 27,900 ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan di sekitar Masjidil Haram,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Badal Haji Mangsa Tragedi Lemas Sungai Buloh Kasap, di Balai Islam Taman Mewah, Buloh Kasap di sini, semalam.

Jelas Abdul Azeez, pada masa sama TH akan melakukan post-mortem dalam masa dua minggu ini bagi menyelesaikan beberapa masalah seperti senarai jemaah haji yang masih tertangguh untuk menunaikan ibadah itu.

Beliau berkata, TH juga kan mencari mekanisme terbaik supaya bakal jemaah haji berumur 40 tahun ke atas berpeluang menunaikan ibadah itu dan keutamaan akan diberi kepada mereka yang sudah tua terutama berusia 60 tahun ke atas.

“Post-mortem berkenaan juga akan mengkaji untuk memberi peluang kepada mereka yang pernah menunaikan ibadah itu dan mahu menunaikannya lagi tetapi tidak perlu menunggu sehingga lima tahun,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan badal haji tersebut dibiayai oleh Tabung Kelab Jemaah Haji Malaysia selain juga Umno sudah melakukan perkara yang sama (badal haji) terhadap 25 penerima terpilih.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");