Membawang Hari Ini

Nad Zainal kunci mulut kisah peribadi

Aktres Nad Zainal akui tahun 2014 banyak memberinya pengajaran agar lebih berhati-hati terutama sekali dalam keterbukaannya bercerita tentang kisah peribadi yang adakalanya menjerat diri sendiri sehingga mudah dieksploitasi dan dimanipulasi oleh segelintir pihak.

“Seperkara yang saya belajar sepanjang tahun 2014 ialah tidak perlu untuk terlampau terbuka mengenai kisah peribadi dan lebih berhati-hati apabila bercakap.

Bukan bermakna selepas ini saya akan mengunci mulut mengenai perihal kehidupan peribadi saya tetapi saya lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka apabila bercerita tentang kisah peribadi berbanding kerjaya.

“Kesilapan itu telah saya belajar dan sikap saya telah memakan diri sendiri sehinggan menyebabkan orang senang tersalah anggap mengenai banyak perkara. Saya memasuki industri hiburan kerana mahu bekerja dan sejujurnya perkara remeh seperti kisah peribadi telah mengaburi mata orang terhadap saya,” ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!

Enggan memberikan kesan negatif kepada individu sekelilingnya, aktres berusia 24 tahun ini berjanji untuk ‘mengunci’ mulut tentang kisah peribadi dan ingin menumpukan perhatian dalam karier bagi mencapai impiannya yang diidamkan.

Bercerita tentang kisah cinta, aktres drama bersiri “Kampung Girl” yang pernah menjalin hubungan bersama aktor Azwan Kombos dan pengacara Hefny Sahad sebelum ini memberitahu dia masih solo dan belum bersedia untuk mengenali sesiapa dalam masa terdekat.

“Buat masa sekarang saya lebih selesa solo dan tiada sesiapa pun untuk saya kenali. Tiada cinta bermakna tiada masalah, jadi tumpuan saya sekarang ialah bekerja. Bagi saya biarlah cinta atau lelaki datang dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa-paksa.

“Macam-macam cerita saya dengar sebelum ini termasuk gelaran playgirl. Apa yang boleh saya jelaskan, saya boleh hidup tanpa lelaki dan sekarang pun saya selesa dengan kehidupan saya,” katanya lagi.-28/12/2014-agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");