Sukan Hari Ini

Nicol hampiri gelaran ke-8

RATU skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David hanya selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan kelapan Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yang berlangsung di Kelab Wadi Degla, Kaherah, semalam.

Pada saingan kelompok lapan terakhir, Nicol mengatasi Camille Serme dari Perancis, 11-9, 11-7, 13-11 dalam masa 45 minit untuk mara ke peringkat separuh akhir.

“Permainan ini dalam intensiti tinggi. Saya tidak terfikir memberhentikan perlawanan kerana dia sentiasa bergerak seluruh tempat. Saya terpaksa bekerja keras di set ketiga,” katanya pernah berada di top ranking dunia selama 100 bulan berturut-turut.

Sebagai rekod, Nicol telah berjaya merangkul kejuaraan dunia itu sebanyak tujuh kali iaitu pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.-sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");