Perak Hari Ini

Orang Ramai Beri Sokongan Padu Pada Pasukan Harimau Malaya

IPOH : Piala Suzuki AFF 2014 kelihatanya berpihak kepada Thailand apabila berjaya menumpaskan pasukan Harimau Malaya dengan agregate (4-3) di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8 malam sebentar tadi.

Pemain Harimau Malaya, Syafiq Rahim pada mulanya berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti di minit ke-5, pada aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2014 membuka ruang kepada Malaysia mengorak langkah permulaan nampaknya masih belum mampu membantu pasukan Malaysia kali ini.

Seterusnya menerusi gol jaringan oleh Indra Putra Mahayuddin pada waktu kecederaan berhasil dengan tandukkan padu lantas memberikan kedudukan agregat 2-2 buat Malaysia.

Namun pasukan Thailand kelihatan tidak berputus asa dan mula mengorak langkah menjaringkan 2 gol lantas berjaya menundukkan Harimau Malaya kali ini.

Sementara itu, sokongan terhadap pasukan Harimau Malaya tidak putus-putus ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia, buktinya di Perak sendiri penyertaan orang ramai sama-sama hadir menyaksikan perlawanan tersebut melalui skrin LCD yang disediakan  dibeberapa restoran dan kawasan yang disediakan khusus untuk hari ini.

KALAH1

Tinjauan Peraktoday.com.my di Restoran Vanggey Greentown Ipoh, kelihatannya orang ramai hadir seawal 8 malam sebagai tanda memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia untuk menebus kekalahan di Bangkok baru-baru ini.

Namun Malaysia tewas 0-2 kepada pasukan negara jiran itu dalam pertemuan akhir pertama stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas dan malam ini perlu menebus kekalahan tersebut ternyata sekali lagi tidak berpihak kepada Malaysia.

Pasukan Malaysia kelihatannya lebih menguasai bola namun setiap peluang yang ada masih gagal membolos gawang lawan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");