Jenayah

Padah guna cop palsu imigresen

TELUK INTAN – Padah menggunakan khidmat sindiket untuk mendapatkan dua cop palsu Jabatan Imigresen, seorang buruh binaan warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara setahun tiga bulan dari tarikh ditahan oleh Mahkamah Seksyen Teluk Intan, di sini, kelmarin.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, warga Indonesia dikenali sebagai Ari Sujiwo, 30, dari Medan Indonesia, ditahan di Pelabuhan Ghadaf Marble, Parit 1, Sungai Sumun pada 6 Disember lalu kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, tertuduh didapati cuba keluar dari Malaysia dengan menggunakan dua cop palsu Jabatan Imigresen pada dokumen perjalanan yang sah milik lelaki itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada dokumen perjalanan oleh anggota Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan di Pelabuhan Ghadaf Marble mendapati ada cop palsu Jabatan Imigresen pada dokumen tersebut sebelum dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan.

“Lelaki itu yang bekerja sebagai buruh binaan di Pulau Indah, Klang, Selangor telah masuk ke negara ini menggunakan dokumen perjalanan yang sah namun siasatan lanjut mendapati, tertuduh tidak pernah pulang ke negara asal untuk memperbaharui pas lawatan sosial,
sebaliknya menggunakan khidmat sindiket dengan bayaran RM1,400.

“Ini bermakna, tertuduh melakukan dua kesalahan serius di bawah Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 dan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002,” katanya.

Khairul Anuar berkata, Hakim Mahkamah Seksyen Teluk Intan, Norashima Khalid menjatuhkan hukuman penjara lima bulan setiap satu kesalahan yang membawa kepada penjara setahun tiga bulan selepas berpuas hati dengan hujah yang diwakili oleh Pegawai Pendakwa
raya Jabatan Imigresen , E Logentharan.

Katanya, tertuduh menjalankan hukuman penjara bermula dari tarikh ditahan oleh pihak Imigresen Cawangan Teluk Intan sebelum diusir keluar setelah tamat tempoh hukuman.

“Kesemua hukuman penjara itu tidak berjalan serentak sebaliknya secara berasingan bagi ketiga-tiga kesalahan yang membabitkan penjara kesemuanya 15 bulan.

“Hukuman itu sebagai iktibar kepada warga asing supaya apabila berada di negara ini perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");