Sukan Hari Ini

Pemain golf 103 tahun catat hole in one di Florida

SARASOTA: Seorang pemain golf berusia 103 tahun mencatat sejarah apabila menjadi manusia tertua berjaya melakukan pukulan hole-in-one.

PGA Amerika Syarikat dalam laman webnya berkata, Gus Andreone dari Sarasota meraih kejayaan itu pada Rabu lalu ketika bermain di Palm Aire Country Club.

Katanya, Andreone adalah pemain golf tertua melakukan pukulan hole-in-one mengatasi rekod terdahulu iaitu seorang pemain wanita berusia 102 tahun pada 2007.

Andreone ketika ditemuramah saluran Fox 13 News stesen televisyen Tampa Bay berkata, kejayaan itu adalah yang kelapan buat dirinya sejak 1939.

Dia menggunakan driver pada lubang ke-14 sejauh 113-ela di Lakes Course bermain seperti seperti biasa tetapi kemudiannya menyedari sesuatu perbezaan dan bola itu terus memasuki lubang. – AP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");