Isu Panas

Pemimpin Umno sambut kerjasama dengan Pas

KUALA LUMPUR – Umno menyambut baik jika Pas duduk bersama membincangkan pelaksanaan hukum hudud.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ia kerana soal hukum hudud adalah milik semua orang Islam dan bukannya milik mana-mana parti.

“Saya menyambut baik sekiranya perbincangan untuk memperkukuhkan agama Islam dan Institusi Melayu itu, dibuat oleh sama ada Umno atau Pas kerana ia perlu dibuktikan bahawa persempadanan politik tidak boleh membataskan isu agama kerana agama Islam adalah anutan kita.

“Paling penting Pas harus tunjukkan keikhlasan dalam apa jua yang ingin dibincangkan, mereka harus telus dan menunjukkan kepada Umno apa topik-topik yang harus diberi penekanan bersama dalam soal agama Islam ini,” katanya, semalam.

Jelasnya, jika Pas mahu adakan perbincangan mendalam berkenaan hudud, ia perlu dilakukan secara terperinci.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau menerima jika perbincangan diadakan antara kedua-dua parti itu mengenai pelaksanaan hudud.

“Saya tiada halangan untuk melaksanakan hudud tetapi apa pun apabila bercakap tentang Islam, kita hendaklah bersatu, tanpa mengira latar belakang dan fahaman (politik), yang penting kita bersatu atas nama Islam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");