Isu Panas

PKR tidak dapat mengesahkan status Dr Roland Chia

KUALA LUMPUR: PKR tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Dr Roland Chia muktamad atau sebaliknya, kata Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata beliau dimaklumkan Roland kini berada di luar negara dan pihaknya dalam proses menghubunginya untuk mendapat maklumat lanjut untuk mengesahkan kenyataan pendek ditulis di laman sosial.

“Saya telah berhubung dengan pimpinan KEADILAN Sabah dan pegawai-pegawai Dr Roland Chia dan mereka mengesahkan bahawa beliau (Roland) memang ada masalah kesiahatan, walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.

“Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengan beliau, saya tidak dapat mengesahkan keputusan meletakkan jawatan itu adalah muktamad atau mengesahkan apa-apa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Roland dalam entri di akaun Twitter dan Facebook miliknya telah menulis bahawa beliau melepaskan jawatan hari ini atas faktor kesihatan.

-astroawani-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");