Perak Hari Ini

Reman Dua Anggota Geng Mamak Dilanjutkan Hingga 25 Disember

IPOH : Tempoh reman dua suspek dipercayai anggota kumpulan ‘Geng Mamak’ disambung enam hari lagi sehingga 25 Disember ini.

Suspek  lelaki dan wanita masing-masing berusia 50 dan 33 tahun itu tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini sekitar jam 9.40 pagi dengan pengawasan dan kawalan ketat anggota polis yang lengkap bersenjata.

Menurut sumber polis, kedua-dua suspek berkenaan disambung reman hingga Khamis depan oleh Majistret Nur Melati Diana Abd. Wahab.

Penahanan reman kepada tarikh tersebut juga bagi membantu siasatan kes rompakan bersenjata serta cubaan menyebabkan kematian atau cedera parah.

Suspek dibawa keluar dari mahkamah sekitar jam 11.05 pagi tadi selepas mendengar perintah reman berkenaan.

mahkamah1

Kedua-dua suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar di sini pada jam 10.30 malam,  7 Disember lalu.

Sejak tiga bulan lalu, Geng Mamak terbabit aktif  melakukan pelbagai jenayah terancang seperti samun, pecah dan curi kenderaan mewah.

Sehingga Disember ini, dipercayai sebanyak 24 kes dilakukan kumpulan ini di beberapa kawasan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");