Sukan Hari Ini

Rezeki aksi terakhir

Palembang: “Secara logik, ini temasya terakhir saya selepas empat tahun terbabit dengan AUG.

“Kalau ada rezeki, saya mungkin dapat beraksi lagi pada masa akan datang. Itupun kalau saya menyambung pengajian ke peringkat Master, Insya-Allah,” kata Adi Alifuddin Hussin.

Adi memenangi emas lontar peluru di Kompleks Olahraga Jakabaring, semalam dan acara itulah yang selama ini melonjakkan namanya dalam arena sukan negara.

Emas dimenangi Adi selepas membuat lontaran sejauh 16.60m itu yang keempat berturut-turut baginya di temasya AUG.

Justeru, Adi mampu melakar senyuman walaupun andai ditakdirkan tidak dapat lagi beraksi di temasya serupa pada masa akan datang.

Adi mengalahkan musuh ketat dari Thailand, Thawat Khachin (16.37m) yang menduduki tempat kedua manakala Mohd Alif Hanif (14.59m) memenangi gangsa.

“Thawat cedera dan sebab itu dia tidak dapat beraksi seratus peratus.

“Mungkin sudah menjadi rezeki saya menang emas pada penampilan terakhir di AUG,” katanya.

Sementara itu, Malaysia turut memenangi satu lagi emas menerusi Muhamad Hakimi Ismail dalam acara lompat kijang.

Hakimi mencatat 16.28m, mengatasi Varunyoo Kongnil (16.08m) dari Thailand dan El Said Abdel Aziz (14.39m).

Dalam acara 110m berpagar wanita, Raja Nursheena Raja Azhar memenangi perak dengan catatan 13.86s manakala emas dimenangi atlet tuan rumah, Nova Emilia (13.69s) dan gangsa milik P Rattanachan (14.20s) dari Thailand.

Kuartet Raja Nursheena, Nurul Faizah Asma Mazlan, Zaidatul Husnia Zulkifli dan Lau Kah Lin sekadar menduduki tempat ketiga 4x100m wanita.

Acara itu diungguli kuartet Vietnam manakala Indonesia menduduki tempat kedua.

Kuartet 4x400m wanita dan lelaki Malaysia memenangi perak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");