Sukan Hari Ini

Ronaldo pamer patung dirinya di Portugal

LISBON: Cristiano Ronaldo melancarkan patung dirinya yang dipamerkan di kampung halamannya di Pulau Madeira, Portugal.

Agensi berita Sepanyol, Europa Press melaporkan Ronaldo menyifatkan patung diperbuat daripada gangsa itu “lebih kacak dari dirinya”.

Penyerang Real Madrid berusia 29 tahun itu membantu kelab berkenaan menjulang Piala Dunia Kelab di Maghribi Sabtu lalu.

Ronaldo sudah mempunyai muzium yang mempamerkan pembabitan kerjayanya di Madeira.

Katanya: “Saya tidak jangka untuk miliki patung dalam hidup saya.” – AP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");