Perak Hari Ini

Seorang Maut, Lori Terlanggar Treller di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR : Kemalangan membabitkan dua buah lori di Lebuhraya Utara-Selatan di sini lewat malam semalam mengakibatkan seorang maut manakala seorang lagi cedera parah.

Menurut sumber dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, pihaknya menerima laporan kemalangan yang membabitkan kedua-dua mangsa berbangsa Melayu di Kilometer 247.4 pada kira-kira jam 11.51 malam.

Katanya, sebuah lori tiga tan telah melanggar sebuah lori treller yang diletakkan di tepi lebuhraya berkenaan dan akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk manakala seorang daripadanya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan seorang lagi yang cedera parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai PBK II, Samsuk Baharin Aziz selesai pada jam 1.04 pagi, Jumaat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");