Perak Hari Ini

Seramai 1,251 Anak-Anak Yatim Di Negeri Perak Terima Bantuan Persekolahan

IPOH: Seramai 1,251 anak-anak yatim dari 43 buah Rumah Anak-anak Yatim di negeri Perak telah menerima bantuan persekolahan daripada Kerajaan Negeri dalam program ‘Back To School’.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Rusnah Kassim di Dewan St. John, di sini,hari ini.

Menurut Rusnah, Kerajaan Negeri Perak amat mementingkan pendidikan kepada anak-anak yatim di negeri itu.

“Dalam program ‘Back To School’ ini kita berikan beg sekolah, pensil, stokin dan juga wang tunai sebanyak RM50 seorang untuk mereka gunakan bagi membeli kasut ataupun pakaian seragam.

“Kerajaan Negeri memang menitik beratkan kepada pendidikan anak-anak yatim di negeri ini dan disebabkan itulah kita buat program hari ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan beg sekolah kepada 43 buah rumah anak yatim yang hadir .

Beliau berkata, program tersebut memberi manfaat kepada anak-anak yatim itu tanpa mengira bangsa dan agama.

“Hari ini kita jemput seramai lima orang bagi setiap rumah anak yatim untuk bersama-sama kita sebagai simbolik mereka menerima bantuan tersebut.

“Program ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak yatim di seluruh negeri Perak dan tidak mengira bangsa sama ada Melayu, Cina ataupun India, asalkan rumah anak yatim tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");