Perak Hari Ini

Serangan Virus ‘Photoviewer’ Ancam Pengguna Telefon Bimbit

JANGAN ‘KLIK’… Pengguna telefon bimbit terutamanya telefon pintar dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya menerima khidmat pesanan ringkas (sms) seperti ini  “Is this your photo?”.

Menurut sumber, ini adalah cara terkini bagi sejenis virus baru yang mula tersebar di Singapura dan mulai mengganggu pengguna telefon bimbit di Malaysia sejak beberapa hari lalu.

“Sms berkenaan yang akan disertakan satu pautan kononnya bertanya sama ada photo yang dilampirkan itu milik pengguna, dan sebaik sahaja pengguna menekan pautan berkenaan, ia akan memuat turut sekaligus mengaktifkan  pakej aplikasi Android iaitu Photoviever, di dalam telefon bimbit pengguna.

 

virsu

Bagaimanapun, virus pintar ini akan menyamar memasuki nombor telefon kenalan pengguna yang tersimpan di dalam buku telefon pengguna, seolah-olah kenalan berkenaan yang menghantar sms berkenaan.

Virus ‘Photoviewer berkenaan dilihat sebagai salah satu daripada variasi virus yang sedang menular terutamanya di Amerika Syarikat.

Oleh itu, pengguna yang menerima ‘sms’ itu dinasihatkan supaya tidak menekan pautan berkenaan dan diminta segera memadamkan ‘sms’ itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");