AKHIR-akhir ini muncul khabar berita mengatakan Southampton berhajat untuk mengambil bintang Belanda, Wesley Sneijder dalam pasukan.
Berita itu tersebar ekoran Sneijder dan pengendali The Saints, Ronald Koeman bernaung di bawah satu ejen yang sama, Players United Management (PUM).
Bagaimanapun, Koeman secara tegas menafikan berita tersebut.
Katanya, Soton tidak mampu untuk membayar gaji Sneijder yang kini beraksi bersama Galatasaray.
“Saya tertarik dengannya tetapi kami tidak mampu untuk membayar gajinya,” kata Koeman.-sinar
Komen & Pendapat