Berita Hari Ini

Sungguh tidak berhati perut

Kuala Lumpur: Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia, Syed Hassan Raza menganggap serangan pengganas terhadap sekolah di Peshawar sebagai tindakan supraekstremisme yang tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata, kejadian tragik itu yang mengorbankan lebih 100 kanak-kanak dan kakitangan sekolah kelolaan tentera membangkitkan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia.

“Insiden ini bukan sahaja menyentuh hati rakyat Pakistan. Mereka adalah jijik kerana orang yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa kemarahan adalah orang yang sakit (di segi mental),” katanya.

Syed Hassan berkata demikian selepas menghadiri upacara doa dan menyalakan lilin bagi memperingati mangsa di perkarangan Suruhanjaya Tinggi Pakistan, di sini.

Upacara itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi bagi membantu masyarakat Pakistan di Malaysia untuk meluahkan perasaan mereka dan bersatu ketika melalui masa yang sukar ini.

Syed Hassan berkata, beliau memberi jaminan kepada rakyat Pakistan di Malaysia bahawa Kerajaan Pakistan akan berusaha mengekang keganasan secara efisien.

“Kerajaan Pakistan sedang menyiasat dalang insiden itu dan berjanji untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan,” katanya.

Upacara itu menyaksikan kira-kira 200 warga Pakistan berkumpul dalam suasana suram dengan wakil masyarakat itu membacakan ayat suci al-Quran. Lilin-lilin kemudian dinyalakan sebagai penghormatan kepada mangsa, sebelum mereka menunaikan solat Maghrib. – Bernama

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");