Jenayah

Tanah runtuh halang laluan di Jalan Kenyir – Aring

KUALA BERANG: Hujan berterusan sejak lewat malam kelmarin menyebabkan tanah runtuh di Jalan Kenyir – Aring bersebelahan Tasik Kenyir, kira-kira 30 kilometer dari Simpang Tiga Kuala Jeneris di sini.

Tinjauan di kawasan itu mendapati runtuhan lereng bukit menimbus jalan menyebabkan pengguna terputus hubungan. Laluan itu adalah jalan alternatif untuk ke Gua Musang, Kelantan dan Simpang Pulai, Ipoh.

Selain runtuhan besar di kawasan itu, ada dua lagi runtuhan kecil dan pokok tumbang di sepanjang 75 kilometer laluan itu dari Tasik Kenyir ke sempadan Kelantan di Felda Aring.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu, ketika dihubungi berkata jabatan itu sentiasa mengawasi dan memantau keadaan di laluan berkenaan.

“Sekiranya ada tanda pergerakan tanah bukit yang boleh menyebabkan runtuhan, kita akan menutup semula jalan itu hingga keadaan benar-benar selamat untuk kerja pembersihan.

“Pagi ini kita sudah menghantar kakitangan untuk membersih jalan itu dan memotong pokok yang tumbang di kawasan berkenaan,” katanya.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");