Sukan Hari Ini

Taruhan emas

Kuala Kubu Bharu: Dua pelumba dikenali ramai menjadi taruhan emas pasukan Rapidino bagi meraih kejuaraan sirkit akhir Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu, 27 Disember ini.

Pengurus Loo Chun Haw berkata, mereka bersedia menurunkan Nik Mohd Fariz Shah dan Siti Farah Eliza Zainuddin berentap di trek mencabar itu.

Katanya, berdasarkan pencapaian dibuktikan dua pelumba itu dalam beberapa siri pertandingan beberapa minggu lalu, kejayaan mampu dicapai.

“Pengalaman luas Nik Mohd Fariz selama lapan tahun menyarung jersi Majlis Sukan Negara (MSN) memberi kelebihannya mencatat kemenangan.

“Pencapaian kedudukan 10 teratas mampu dicapai peserta handalan kami. Mereka boleh menterjemahkan formula yang disusun jurulatih,” katanya.

Beliau berkata, Siti Farah yang berusia 20 tahun menduduki tangga kesembilan dalam sirkit sama di Asahan, Jasin, Melaka baru-baru ini.

Katanya, pelumba mampu menunjukkan prestasi terbaik menggunakan basikal jenama Rapidino dari Itali di setiap venue pertandingan.

“Pencarian bakat baru untuk pasukan ini akan terus dilakukan dari masa ke semasa. Kami sokong sepenuhnya penganjuran sirkit Harian Metro yang dikenali ramai ini.

“Pelumba kami mengadakan latihan sekitar Seri Petaling, Putrajaya dan Kuala Lumpur selama tiga jam setiap hari,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");