Sukan Hari Ini

Tetap cemerlang

Palembang: Hilang atlet utama pada saat akhir selain ada atlet dilanda demam dan cedera sepanjang aksi berlangsung tidak menjejaskan peluang skuad lawan pedang negara di temasya Sukan Universiti Asean (AUG) Palembang kali ini.

Atlet sandaran, Yu Peng Kean tidak berada di Palembang kerana terpaksa beraksi di Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Amerika Syarikat di New York pada 13 dan 14 Disember dalam usaha mencari tempat untuk ke Sukan Olimpik Rio.

Mohd Ezad Mohd Hanafiah dilanda demam manakala Nurul Affiq Nazrin Ismail mengalami kecederaan buku lali.

Sasaran yang diletakkan di bahu atlet lawan pedang ialah satu perak dan satu gangsa tetapi ketiadaan Peng Kean hampir meragut keyakinan pengurus pasukan, Mohamed Ali Kader.

Beliau bagaimanapun pantas memuji komitmen yang dipamerkan anak buahnya yang tetap bersemangat tinggi, sekali gus berazam meraih sasaran lebih baik berbanding yang ditetapkan.

“Sasaran kami satu perak dan satu gangsa. Peng Kean sandaran kami untuk perak, tetapi pada saat akhir dia ada komitmen lain.

“Kami terpaksa mengubah sasaran perak kepada Natasha Ezzra Abu Bakar dan dia mengejutkan semua apabila menang emas,” kata Mohamed Ali.

Secara keseluruhan, skuad lawan pedang berjaya melepasi sasaran dengan satu emas, satu perak dan dua gangsa.

Pingat terakhir iaitu gangsa diraih menerusi acara foil berpasukan lelaki menerusi gandingan Muhammad Aqil Anuar, Nurul Affiq dan Andrew Mok.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");