Sukan Hari Ini

Thailand dijangka perhebat lakonan

SKUAD Thailand diyakini memperhebatkan taktik lakonan ketika berdepan Malaysia dalam aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Andaian itu dibuat bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri yang menyatakan dalam tekanan untuk memenangi perlawanan akhir, apa lagi dalam keadaan mereka yang sudah selangkah selepas menang 2-0 di tempat sendiri, skuad Gajah Perang akan melakukan apa sahaja untuk memberi tekanan mental kepada anak buah Dollah Salleh.

“Dalam sukan bola sepak, apa saja taktikal untuk menang akan dilakukan, apa lagi pada pertembungan final,” katanya.

Hal yang sama kata Asmawi, sudah dapat dilihat pada aksi final pertama di Stadium Rajamangala setelah pemain Thailand yang berkelebihan dua gol mula aktif berlakon dalam mematikan rentak Harimau Malaya memburu jaringan.

Mereka begitu mudah terjatuh selepas diasak Harimau Malaya terutama 20 minit sebelum perlawanan berakhir.

“Dengan kelebihan dua gol ada, saya percaya ‘lakonan’ akan diperhebatkan. Harapnya pengadil dapat memastikan taktikal seperti ini tidak menjejaskan permainan dan membosankan kita yang menonton. Apa pun, inilah bola sepak. Ada perkara yang tidak baik di luar padang tetapi diharuskan dalam sukan ini sebagai strategi menang,” katanya.

Asmawi mengingatkan pemain negara tidak boleh berlakon kerana kita sedang ketinggalan.

“Bertahan, melambatkan perlawanan dan berlakon selepas diasak menjadi sebahagian taktikal pasukan yang mendahului,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");