Perak Hari Ini

Tiada Empangan Pecah – Pengarah JPS Perak

BUKIT MERAH : “Tiada empangan pecah dan pelepasan air di empangan adalah dibawah paras bahaya.”

Demikian tegas Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak, Datuk Ir. Abdul Razak Dahalan bagi menjawab isu berkaitan banjir teruk di Perak.

Menurutnya, pembukaan kedua-dua pintu empangan semasa paras air naik adalah di tahap 29.8 meter iaitu di bawah paras bahaya, 30.0 meter.

“Pembukaan pintu empangan adalah pada kelajuan 2,500 kaki padu sesaat. Berkurangan daripada yang pernah berlaku sebelum ini iaitu 2,700 kaki padu sesaat.

Katanya, kejadian terakhir yang memaksa pintu empangan dibuka adalah pada tahun 2003

Bagaimanapun, katanya pelepas air itu adalah dalam keadaan terkawal dan konsisten.

Beliau berkata, JPS sentiasa bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam memastikan pelepasan air yang terkawal.

“Apa yang berlaku sekarang adalah limpahan  air dari empangan telah membanjiri beberapa kawasan hilir Sungai Kurau.

“Kawasan-kawasan ini adalah rendah dan dalam projek Rancangan Tebatan Banjir Kerian ini kita akan melaksanakan kerja pembinaan ban.

Katanya,  pembinaan ban Sungai Kurau belum disiapkan dan dijangkakan siap pada pertengahan tahun depan.

“Kalau sudah disiapkan kita pasti bahawa kawasan yang banjir sekarang ini dapat diselamatkan,” jelasnya.

Katanya, ia melibatka kawasan lembangan Sungai Kerian (5) manakala lembangan Sungai Kurau (8)

Selain itu, JPS juga ketika ini dalam usaha membina rumah-rumah pam bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan-kawasan  yang masih berisiko kerana terletak di kawasan yang rendah.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");