Perak Hari Ini

Tolong Maklumkan Segera

KUALA KANGSAR : Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad meminta pihak berkaitan agar memaklumkan sekiranya berlaku perlepas air dari empangan.

Katanya, maklumat awal itu dapat membantu orang ramai di kawasan terjejas banjir bersiap sedia jika ada kemungkinan kenaikan paras air.

“Sebelum air naik juga kita sudah bersedia tetapi jika dimaklumkan lebih awal, ia dapat memberikan lebih banyak masa untuk berpindah, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa banjir di kawasannya yang kelihatan paras air hampir surut.

Tambahnya, semua pihak berkerjasama bagi memastikan bantuan dapat disalurkan segera memandangkan keadaan paras air yang tidak menentu ketika ini.

Sementara itu, beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak di laman sosial yang mempertikaikan ketiadaan ketika banjir berlaku.

Katanya, beliau menguruskan pengajian anaknya dan kembali segera selepas urusan berkenaan selesai.

wan kuala1

wan kuala2

wan kuala3

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");