Berita Hari Ini

Tun M boleh hadir, tetapi kena ‘diam’

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya boleh hadir sebagai tetamu, namun tidak boleh memberikan pendapat sekiranya diadakan sidang Parlimen tergempar untuk memperincikan semula Bajet 2015 lalu.

Sumber dalaman Parlimen berkata, sidang Parlimen tidak mempunyai ruang perbahasan untuk orang luar selain ahli dewan.

“Beliau hadir sebagai bukan ahli dewan dan tidak mempunyai kuasa-kuasa sebagai ahli dewan seperti 222 ahli itu.

“Apa yang saya tahu, buat masa ini kalau hadir sebagai tetamu Parlimen boleh, tetapi berfungsi sebagai ahli dewan tidak boleh,” katanya semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Sidang tergempar, Pas mahu Najib panggil Dr M ]

Menurutnya, terdapat ruang untuk memberikan pendapat tetapi ia sesi yang berlainan diuruskan oleh pihak Parlimen.

“Jawatankuasa pilihan khas contohnya boleh digunakan untuk beri peluang sesiapa beri pendapat. Pihak parlimen ada satu jawatankuasa boleh menjemput orang bagi pandangan. Memang ada tapi itu dinamakan sesi pendengaran awam,” katanya.

-sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");