Laporan Eksklusif, Panasnya Hari Ini

UM8 – Pembangkang Cuba Ambil Kesempatan

KETIKA mahasiswa Universiti Malaya (UM) berhimpun melakukan protes yang dinamakan ‘Occupy UM’ kerana membantah dan menuntut pihak universiti menggugurkan hukuman terhadap kumpulan UM8, kelibat beberapa pemimpin pembangkang dilihat hadir memberikan sokongan moral.

UM8 ialah kumpulan terdiri daripada lapan mahasiswa yang didakwa dan dijatuhkan hukuman kerana terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram pada Oktober lepas.

Penganjuran ‘Occupy UM8’ sejak 10 Disember oleh Mahasiswa UM ialah sebagai tanda solidariti penuh kepada UM8.

Dyana Sofya yang turut hadir petang semalam pada kira-kira jam 3.20 membawa makanan untuk mahasiwa UM di ‘Occupy UM8’.

Beliau juga membantu mahasiswa membuat sepanduk.

 

diana lagi1

 

Di sinilah, dapatlah dilihat ketangkasan pihak-pihak pembangkang mengambil peluang untuk mendekati golongan mahasiswa, meskipun mereka sedar, ianya hanya merosakkan mahasiswa yang baru sahaja mengenal erti dunia luar.

Memang sejak dari zaman reformasi yang dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, golongan mahasiswa adalah sasaran utama mereka kerana kumpulan inilah yang akan dibentuk sekaligus meneruskan kesinambungan pejuangan mereka yang kabur hala tujunya.

 

diana lagi

 

Pada malamnya, mereka ‘berkelah’ lengkap dengan peralatan dan hidangan BBQ serta persembahan nyanyianlagu-lagu aktivisme daripada Adam Adli dan kugirannya.

Mereka turut menganjurkan program ‘Sembang Tepi Parit’ yang menampilkan pengucapan awam oleh aktivis Hishamudin Rais dan Adam Adli.

Hishamudin dalam ucapannya menyeru mahasiswa untuk mengajak lebih ramai lagi mahasiswa UM lain menyertai perjuangan mereka.

“Saudara-saudari dari Universiti Malaya, kamu di sini tak sampai 500 orang. Apa maknanya ini? Ini maknanya kamu telah gagal, kerana dalam kampus itu ada 10,000 pelajar. Kamu tidak dapat (mengumpulkan) 1,000 pelajar berada di sini.

“Jikalau kamu tidak mendapat 1,000 pelajar berkumpul di sini, jangan panggil kamu menyambung tradisi 40 tahun perjuangan UM.Oleh itu kamu perlu mengeluarkan propaganda, pergi bilik ke bilik, dari kolej ke kolej dan ajak kawan-kawan kami berjuang bersama-sama,” tambah beliau.

Turut hadir malam itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Setiausaha Politik Parti Tindakan Demokratik (DAP), Dyana Sofya Mohd Daud bersolidariti bersama mahasiswa UM untuk UM8.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");