Membawang Hari Ini

Vanidah boleh letak jawatan secara terhormat – Zed Zaidi

KUALA LUMPUR: Konflik Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terus memuncak berikutan pertelagahan membabitkan ahli Seniman sendiri dengan Bendahari, Vanidah Imran.

Jumaat lalu Seniman membuat laporan polis mendakwa kecurian buku cek persatuan berkenaan yang didakwa diambil Vanidah.

Vanidah semalam bangkit mempertahankan pendirian dan tindakannya. Berikutan itu Zed Zaidi selaku Presiden Seniman pula bersuara dengan menghubungi BH online sebentar tadi.

Lalu apakah jalan penyelesaian terbaik untuk permasalahan ini?

Ikuti komen Zed di bawah.

“Hingga saat ini saya menunggu panggilan daripada dia (Vanidah). Dia tak hubungi saya pun, malah macam cuba lari-lari daripada apa yang berbangkit. Dia kata dia ada sebab musabab di atas tindakannya.

“Kalau saya hubungi dia tak pernah berjawab. Dia akan suruh saya menghantar mesej saja. Hari ini kita akan ke bank dan bawa laporan polis sekali untuk membuat buku cek Seniman yang baru.

“Kita pun perlu bergerak dan tak boleh tunggu lagi kerana buku cek berkenaan ada padanya,” katanya.

Tambah Zed lagi, penyelesaian terbaik ialah Vanidah sebagai Bendahari kena memohon maaf kepada semua ahli Seniman kerana banyak menyusahkan pentadbiran dan segala pengurusan persatuan.

“Sekiranya dia tidak mampu menggalas tanggung jawab yang diberi dan memegang amanah itu, saya bagi cadangan kepada dia untuk letak saja jawatan. Kita nak buat undi tak percaya pun supaya hilang integriti dia sebagai bendahari.

“Tidak pernah timbul soal mahu melucutkan jawatannya. Dia boleh letak sendiri jawatan secara terhormat dan beri ruang kepada yang lebih layak untuk memikul tanggung jawab itu. Dia pun sibuk dengan kerjaya, jadi janganlah susahkan diri untuk orang lain kalau belum benar bersedia pikul tanggung jawab,” katanya.

Zed menjelaskan lagi, Seniman banyak perancangan untuk tahun depan dan tidak mahu hanya kerana masalah ini akan membantutkan perjuangan yang mahu dilaksanakan.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");